Team1  
 

arrowShaifful Jufri Misbah
arrowAbd. Aziz Yakub

 
 

Artisduo Graphic adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran didalam pembangunan laman web. Kami beroperasi secara SOHO (Small Office Home Office) dan bergerak secara individu dimana ini adalah satu bidang sambilan kepada kami.

Tidak seperti firma atau syarikat pembangun laman web lain yang hanya menumpukan syarikat-syarikat yang berpendapatan tinggi. Kami lebih mengutamakan syarikat-syarikat IKS atau persendirian yang baru memulakan perniagaan. Oleh sebab itu, perkhidmatan yang disediakan berpatutan dengan tawaran harga yang diberikan.

Kami juga bukan sekadar syarikat yang membangunkan laman web sahaja tetapi berupaya menyediakan kelengkapan-kelengkapan untuk korporat identiti seperti rekabentuk flyer, logo, brosur, letterhead atau lebih dikenali sebagai pakej korporat identiti.


Penubuhan
— Sejak 2003
— Berdaftar secara rasmi: Mac 2007

Tumpuan Khidmat
Perkhidmatan Komunikasi Visual dan Rekabentuk Laman Web.


Apa itu Komunikasi Visual?
Merupakan istilah kepada perkhidmatan rekabentuk logo, percetakan dan periklanan. Dalam erti konteks sebenar, Komunikasi Visual adalah Rekabentuk Grafik ke atas semua jenis percetakan, penerbitan, periklanan atau multimedia.


Bagaimana menghubungi kami?
Anda telefon, kami datang. Tidak perlu bersusah payah mencari kami kerana kami sedia menemui ada. Ada juga boleh menghubungi kami melalui email atau alamat surat menyurat seperti di bawah:-

  1. Kawasan Selatan KL:
    86, Jalan Kesuma 4C/1,
    Bandar Tasik Kesuma,
    43700 Beranang
    Tel: +60192221413 (Shaifful)
    Email: shaifful(at)artisduo.com*

  2. Kawasan Utara KL:
    No.15, Jalan BT 23,
    Taman Bayu Permai,
    48000 Rawang
    Tel: +60132726978 (Aziz)
    Email: aziz(at)artisduo.com*

    *gantikan (at) dengan simbol @.