Pada mulanya Artisduo diasaskan oleh 2 orang artis grafik yang baru berjinak-jinak dalam industri grafik. Nama Artisduo itu sendiri datang dari makna dua orang artis grafik (gelaran kepada orang seni) yang digabungkan menjadi satu maka wujudlah 'Artisduo'. Kami bermula dengan menyediakan khidmat mereka laman web sehinggalah kami mula meneroka bidang pengajuran acara tahunan, pembungkusan, percetakan, konsultan IT dan mereka 3D perspektif.

Matlamat kami ingin menjadikan perkhidmatan kami mampu dimiliki oleh semua golongan kerana kami menawarkan pakej-pakej yang berpatutan dan sesuai. Kami mementingkan komitmen kami dengan pelanggan kerana mereka yang akan membiayai perniagaan kami. Jika anda berminat ingin mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan, sila klik link ini atau anda boleh menghubungi kami berdasarkan butiran disini.